Tuesday, 5 November 2013

Menggantikan Drama Love You Mr Arrogant ;

Playboy Itu Suami Aku
Assalamualikum annyeong ,

Selepas tamatnya cerita love you mr arrogant bakal menyusul sebuah lagi slot akasia yang Dipetik sebuah novel " Playboy itu suami aku karya Suri Ryana " Uhm ;-; cerita ni katanya best ! tapi tak tahu lah kan -" tapi masih ramai pembaca tak puas hati sebab maybe heroin tak pakai hijabis , okay tak boleh terima jugak kira komen negatif ini semua , haha nvm tak kisah lah . Katanya slot ini akan Ditayangkan 11/11 ini uhm semua cerita habis in 25 or 24 eps kan ? Yelah tv3 iklan lebih pfft -.- setengah jam sahaja iklan .



“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

 Barisan pelakon ;

Fattah Amin & Nur Risteena , *Jujur aku kenal Fattah Amin kat slot Memberku hawa season 2*
Yang Risteena tuh maybe baru kut , uhm ntahlah u.u

Screenshot sebalik takbir ;








okay terima kasih kak nik bagi info kalau tak mana aku tahu semua ni kan :) hikhik


2 comments:

nysachubby said...

Hi.awak di tag
http://nysachubby.blogspot.com/2013/11/giveaway-nov-bersama-hunyeda.html

Ayyu Adam said...

spatutnya Afina tu pakai tudung tp knp dlm drama dia xpakai tdung..xbest la mcm ni..xsama dlm novel